Monday, September 13, 2010

Mencintai Al-Quran


Diringkaskan oleh : Fara Al-Kably, untuk tujuan perkongsian ilmu.

Teks Asal : Majalah Anis, September 2008, temubual oleh Zakaria Sungib bersama Ustaz Abdullah Mahmood.


1. Bagaimana seharusnya kita memandang Al-Quran?

- Kita mesti pandang Al-Quran itu sebagai satu benda penting.
- Kalau sehari tidak baca kita akan rasa resah, gelisah, serba tak kena, rasa hidup tak sempurna.
- Bagi sahabat-sahabat Rasulullah, Quran lambang kekuatan, lambang dekat dengan Allah dan Rasul.
- Apabila seisi rumah sudah lupa Quran, Quran akan tinggalkan kita. Sehari kita tinggal Quran, 10 hari Quran akan tinggalkan kita.


2. Apa yang perlu dilakukan untuk dapat merasakan diri amat perlu kepada Al-Quran?

- Letak Quran di tempat yang mudah dicapai, jangan letak dalam almari berkunci.
- Quran kalau boleh letak atas meja supaya senang dicapai.
- Kalau boleh semua tempat ada Quran, di dapur, ruang tamu, bilik tidur, laman santai, dalam kereta pun kita letak juga Quran kecil supaya senang dibaca. Bacalah sampai lunyai, kena minyak pun tak mengapa sebab ia akan jadi saksi kita di akhirat.
- Allah memberitahu bahawa dengan melihat dan mendengar orang membaca Quran juga kita mendapat pahala dan dinaungi malaikat.
- Kita mesti membacanya hari-hari. Sebab Al-Quran ini kalam Allah yang sudah ada sejak azali lagi, mukjizat yang paling hebat yang tidak ada siapa boleh mengubahnya sehingga hari kiamat kerana Quran ini Allah SWT yang menjaganya.

3. Ustaz, apakah tempias mukjizat itu kita boleh dapat?

- Kehebatan Al-Quran ialah Allah menjaganya, memang kita boleh mendapat keberkatan mukjizat Al-Quran ini.
- Quran ini hadiah Allah khusus untuk Nabi Muhammad SAW, Nabi yang paling dikasihinya. Nabi wariskan Al-Quran kepada kita. Harta kekal sampai kiamat.
- Ada para malaikat yang Allah perintahkan menjaga setiap huruf dalam Al-Quran.

4. Kalau dapat digambarkan dengan kata-kata bagaimana rasa lazat dapat menghayati Al-Quran?

- Quran ini hidup. Dia ada roh. Dia mengenali siapa yang mendampinginya setiap hari. Dia tahu siapa yang menghargai, dia akan jaga kita di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Hebatnya sahabat seperti ini, dia bantu kita dalam tiga alam yang berbeza.

- Kalau kita mati, apabila malaikat hendak pukul kita dalam kubur, Quran akan tahan.

- Membaca Quran bukan sahaja menjamin ketenangan di dunia, tetapi teman karib kita ini mengikut kita sehingga ke dalam kubur. Dijaganya kita dari seksaan kubur. Disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkannya kubur kita. Setianya menjadi teman walau beratus tahun tanpa mahu berpisah dengan kita hinggalah hari kiamat. Inilah teman yang benar-benar sejati.

.....................................................................................

"Mengapakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?" - Al-Waqiah:81

.....................................................................................

Kelebihan Mencintai Al-Quran

1. Tidak nyanyuk sampai hari tua.

2. Orang tua yang mengamalkan Quran, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkan dia di tempat yang baik-baik.

3. Tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerana ini adalah janji Allah kepada hamba-hambaNya yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat.

4. Akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat. Walaupun di dunia dia dibenci oleh orang jahat tapi Allah tetap menjanji keselamatan dalam dirinya, sepertimana Quran yang Allah sediakan para malaikat untuk menjaga setiap hurufnya.

5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati.

6. Orang yang membaca Quran tidak dihina. Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.

7. Pengamal Al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya.

.....................................................................................

Saturday, July 10, 2010

Saranan-saranan untuk anda yang bersosial di FB



*Teks ditulis oleh - Fara Al-Kably
Gambar-gambar - dari Google Images


Gambar Profil
1. Pastikan ada foto anda yang terkini dan sebenar diletakkan.

2. Elakkan foto yang melucah dan tak senonoh.

3. Elakkan juga foto yang terlalu serius dan ala korporat, kecuali jika FB itu dikhaskan untuk jaringan kerja semata-mata.

4. Paparkan imej mesra dan ramah.

5. Elakkan foto berdua-duaan atau berkumpulan, kecuali jika FB itu memang dikongsi bersama.

Tab Info
1. Isikan maklumat yang sewajarnya dengan lengkap, tentang status, gender, persekolahan, universiti/kolej, pekerjaan, aktiviti dan minat.

2. Elakkan ianya kosong tanpa maklumat tentang diri anda.

3. Elakkan meletak maklumat yang tidak penting, berlebih-lebihan dan merepek-repek. Kelakar sedikit boleh tetapi biar berpada-pada. Imej dan karakter anda boleh dibaca daripada cara dan nada anda menulis.

4. Apabila berinteraksi dengan sahabat FB anda, lihat Tab Info mereka terlebih dahulu, agar anda dapat serba sedikit maklumat tentang diri mereka. Elakkan bertanya soalan-soalan yang jawapan-jawapan sebenarnya sudah dibentangkan di Tab Info. Ini memperlihatkan ketelitian dan kebijaksanaan anda, dan sama ada anda seorang yang peka atau tidak. Berfikir sebelum bertanya, buat penyelidikan terlebih dahulu sebelum bertanya bertubi-tubi.

Gambar-gambar
1. Pastikan album anda dikawal sepenuhnya dengan penggunaan kawalan privasi. Anda boleh membuka album anda kepada semua orang atau orang tertentu sahaja.

2. Jangan tag orang dengan sembarangan, pastikan orang itu tiada kekangan untuk di tag. Seelok-eloknya pastikan terlebih dahulu sama ada orang itu perlu di tag, kesah atau tidak kesah di tag.

3. Elakkan daripada memperlihatkan dalam rumah dan lokasi kediaman anda, mahupun pejabat dan lokasi pejabat anda. Jika perlu dipamerkan juga, pastikan album tersebut hanya dibuka untuk orang tertentu sahaja. Ada ramai orang jahat yang berpura-pura baik dan mempunyai pelbagai niat buruk. Beringat sebelum kena.

4. Elakkan daripada menulis kaption nama anak-anak anda, terutama sekali apabila anak anda masih di bawah umur 21 tahun. Sebolehnya jangan tag anak-anak anda. Ada ramai orang sakit mental yang kelihatan normal. Mereka ini dibiarkan bebas tanpa rawatan oleh keluarga mereka yang “in denial” dan tidak dapat menerima hakikat ada ahli keluarga mereka tidak stabil mental dan emosi. Cegah sebelum padah. Elakkan anak-anak daripada perogol, pencabul dan penculik.

Komen
1. Respon kepada setiap komen yang diberikan kepada anda, hargai rakan-rakan anda. Komunikasi dua hala sangat penting dalam perhubungan.

2. Hindarkanlah daripada memberikan komen-komen negatif kepada rakan-rakan anda. Bukankah indah jika kita hanya bercakap yang baik-baik sahaja, ia ibarat doa untuk rakan-rakan kita, ia juga baik untuk kesihatan jiwa kita sendiri. Mengkritik atau menegur boleh, tetapi lakukan secara berhemah dan in private.

3. Tegakkan kebenaran hanya apabila ia membabitkan maruah, keluarga, agama, bangsa dan negara. Jangan tegakkan benang yang basah, maknanya janganlah bertekak semata-mata kerana hendak menang, ianya tidak bermakna apa-apa, dan buang masa sahaja.

4. Janganlah menulis komen dalam huruf besar, dari segi etika alam siber, itu tandanya anda menjerit. Anda tidak perlu melakukan itu untuk memberi penegasan di atas kata-kata atau pernyataan anda. Ia melambangkan keperibadian anda yang ego dan kurang ilmu pengetahuan.

5. Elakkanlah menaip tanda soal dengan banyak apabila anda bertanya sesuatu. Satu tanda soal sahaja sudah mencukupi bagi menandakan bahawa ayat anda itu berbentuk persoalan. Tanda soal yang berganda-ganda boleh menggambarkan anda sebagai seorang yang menggelabah, kepoh dan tidak sabar.

6. Elakkanlah juga komen-komen yang bernada angkuh, sombong, besar kepala, ego, kurang ajar, biadap dan kenegerian.

Meluluskan Sahabat FB
1. Luluskan hanya jika memang benar orang itu sahabat anda, ataupun dia direkomenkan oleh seorang sahabat; kecuali jika anda memang ingin mengumpul sebanyak mungkin sahabat baru untuk tujuan tertentu.

2. Anda sebenarnya boleh meletakkan sahabat-sahabat anda dalam kumpulan tertentu dan akses mereka kepada kandungan FB anda boleh dikawal sepenuhnya. Explore FB anda, semuanya ada disitu.

3. Apapun, FB bukan medan pertandingan siapa ramai sahabat. Kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Menyertai Kumpulan-kumpulan di FB
1. Jangan sembarangan menyertai kumpulan-kumpulan di FB terutamanya yang berbentuk keagamaan, kepercayaan dan amalan. Siasat dan pastikan terlebih dahulu siapa di balik tabir kumpulan itu, adakah mereka orang yang layak dan diiktirafkan oleh autoriti yang berkaitan.

Penggunaan Berhemah
1. Gunakan FB anda dengan berhemah dan bijak. Anda boleh menggunakan FB untuk mencari sahabat baru, menjejaki semula sahabat anda dan saudara-mara yang terputus hubungan, mengeratkan silaturahim dengan mereka, jaringan perniagaan, kabel pekerjaan, mempromosikan perniagaan anda, meluahkan perasaan, menonjolkan idea, mempamerkan bakat dan banyak lagi perkara berfaedah; tetapi lakukannya secara sederhana dan berpada-pada. Bermain games dan menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia boleh, tetapi jangan sampai leka dan lalai. Ingatlah bahawa bangsa lain sedang berlumba-lumba mencari ilmu dan memajukan diri mereka, mengapa kita harus terbuai dan leka serta ketinggalan.
...bersambung..


------------------------------------------------------------------------------------------

"The best feelings are those that have no words to describe them..” – Michelle Hammersley.

Text Etiquette


*Source : from InStyle mag, Oct 08

In a text-happy world, it still pays to be polite.

At restaurants
Sending text messages during a meal is telling your dining companions that they are not as important or as interesting as the person on the other end of your Blackberry. If it is absolutely necessary, excuse yourself from the table.

Phone call
If someone calls you, you should call back, not send a text. The only exception is if it`s someone you`re really close to – and the question requires a quick yes or no.

In meetings
The only time using a Blackberry in a meeting is acceptable is if you are waiting for a critical, pertinent e-mail. In general, avoid temptation by not bringing it in the first place.

Everyone at once
Unless it`s a momentous occasion or an emergency, sending a mass text message is inappropriate.

In brief
Too many text-speak abbreviations in one message is annoying, not funny at all.

Mistake
If you send a message to the wrong person, dont try to spin it or cover it up. Make a simple apology and move on. And dont beat yourself up – everyone has had a digital slipup.

Tuesday, July 06, 2010

Sequins..





Night
Only a single piece of your entire outfit should be made of spangled material. If you are wearing sequins; earrings, necklaces and bracelets, if worn at all, should be simple.

Day
If you wear sequins while the sun is up, make sure they are sprinkled on daytime fabrics such as cotton, wool, cashmere or linen. No pretty prints with sequins. Go solid or graphic like a zebra-stripe bag for example.

source - from InStyle Magazine.

B e y o n c e..

"I`m a lot more conservative in my personal life. But even when I`m dressed down, I wear a nice shirt, nice jeans and stilettos." - Beyonce, InStyle, Nov-08.


Site Meter