1. Memulakan makan
------------------
Pada majlis makan malam (dinner) yang menyediakan tempat duduk tetap (seated), sentiasa tunggu sehingga tuan rumah atau penganjur mulakan makan terlebih dahulu. Di majlis bufet, jika anda telah ambil makanan dan duduk, seelok-eloknya tunggu sekurang-kurangnya 5 minit sehingga beberapa orang lagi menyertai anda. Walau bagaimanapun jika meja tidak disediakan, dan anda perlu meletakkan pinggan makan di atas ribaan, ada boleh terus makan. Jika di restoran, tunggu sehingga makanan untuk semua orang telah dihidangkan.
2. Napkin
---------
Letakkan napkin di atas ribaan anda setelah anda mengambil tempat duduk. Sekiranya anda perlu meninggalkan meja semasa waktu makan, lipatkan napkin secara longgar dan letakkan di atas meja ke kiri garpu atau di atas kerusi. Setelah selesai makan, letakkan napkin semula di atas meja.
3. Pisau dan Garpu
------------------
Setelah menggunakan pisau atau garpu, jangan letakkan keduanya di atas meja semula, biarkan di atas pinggan anda, walaupun jika anda perlu berhenti makan buat seketika. Setelah selesai makan, letakkan pisau dan garpu berdampingan secara pepenjuru di atas pinggan, dengan tangkai pemegang keduanya menghala ke arah jam 4.
Garpu - mula makan menggunakan peralatan yang di letakkan paling luar dan seterusnya ke arah dalam, jadi garpu yang paling luar di kiri pinggan adalah garpu salad dan yang terdekat dengan anda adalah garpu entre.
Pisau dan Sudu - Pisau makan hendaklah diletakkan ke kanan pinggan makan, diikuti sudu teh dan seterusnya sudu sup paling luar di sebelah kanan pinggan makan.
4. Berkongsi Makanan
--------------------
Jika anda di restoran dan mahu berkongsi hidangan anda, jangan menghulur garpu yang penuh dengan makanan ke seberang meja. Sebaiknya tolak satu bahagian kecil ke atas pinggan makan si penerima , atau letak sedikit makanan ke atas pinggan roti dan hulurkan. Anda juga boleh minta penyedia makanan membahagikan satu sajian kepada 2 bahagian, dan menghidangkannya di dalam 2 pinggan berasingan.
5. Gelas dan Pinggan Roti
-------------------------
Ingat 2 peraturan mudah, gelas-gelas anda perlu sentiasa berada di sebelah kanan di atas pisau makan dan pinggan roti pula perlu berada di sebelah kiri, di atas garpu.
Sekadar untuk pengetahuan, gelas wain merah lebih besar daripada gelas wain putih.
6. Majlis Formal
----------------
Di dalam majlis makan malam formal, kadang-kadang ada masa untuk tuan rumah memulakan bicara, dengan orang di sebelah kirinya, seterusnya sehingga kepada orang di sebelah kanannya - sebagai tanda agar para tetamu melakukan perkara yang sama. Walaupun formaliti sebegini jarang dilakukan kini, anda seharusnya berusaha untuk tidak memonopoli seseorang itu dan memberikan perhatian sama rata kepada kedua-dua orang di kiri dan kanan anda. Sekiranya ragu-ragu tentang topik perbualan, tanyakan mereka beberapa soalan yang sopan.
--------------------------------------------------
Jadikan Budi Bahasa Amalan Hidup Kita
--------------------------------------------------
Wednesday, July 29, 2009
Some Style Tips..
1. Never wear baggy shirts with baggy jeans, you want to look fabulous, not frumpy.
2. Only roll up the hem of your denims if you`ve got pretty shoes to flaunt.
3. Pair a billowy top with slimming, form-fitting bottom like skinny pants and jeans or even leggings and tights. Finish the look with a chic booties or pumps and a long necklace or scarf. Carry a medium-sized bag as you wouldnt want to add more bulge to a roomy top.
2. Only roll up the hem of your denims if you`ve got pretty shoes to flaunt.
3. Pair a billowy top with slimming, form-fitting bottom like skinny pants and jeans or even leggings and tights. Finish the look with a chic booties or pumps and a long necklace or scarf. Carry a medium-sized bag as you wouldnt want to add more bulge to a roomy top.
Subscribe to:
Posts (Atom)