Thursday, January 10, 2013

Psikologi Warna

* diringkaskan daripada Majalah Qaseh, keluaran 1 Disember 2012, ruangan hias deko.

1. Oren Aprikot
- boleh meransang hormon makan
- memberikan mood rehat dan selesa
- sesuai untuk dinding ruang makan

2. Oren Gelap
- warna versatail
- pada waktu siang, ia memberikan tenaga kepada anda
- pada waktu malam, ia membuatkan anda mudah terlelap

3. Kuning Mentari
- dikaitkan dengan keceriaan, kegembiraan, dan sikap optimistik
- ia boleh mengaktifkan minda, meransang sistem saraf
- membantu anda menjadi lebih kreatif

4. Kuning Gelap
- memberikan keselesaan yang maksimum jika digunakan pada dinding bilik tidur
- memberikan gambaran luas pada bilik anda
- segar dan menenangkan

5. Ungu
- muda dan bertenaga
- boleh digunakan untuk pelbagai konsep seperti eclectic, gaya Spanish dan moden kontemporari
- popular untuk dekorasi bilik anak gadis, warna merah jambu boleh ditambah pada selimut atau cadar

6. Merah Jambu
- bukan hanya untuk kanak-kanak
- kini lebih bergaya
- boleh mewujudkan konsep klasik atau tradisional yang romantik untuk bilik bacaan

7. Hijau Lime
- boleh memberi impak dramatik atau menyegarkan
- cetusan tenaga
- gunakan rak buku putih dengan latar hijau lime, boleh menyuntik semangat dan tenaga untuk membaca.

8. Biru Cool
- memberikan mood keselesaan
- elakkan gabungan dengan warna merah untuk mengekalkan ketenangan
- sesuai digabungkan dengan perabut berkemasan krom

9. Coklat
- sesuai untuk ruang tamu dan dapur, terutamanya jika digabungan dengan hiasan tropikal yang ringkas
- selesa dan tenang

10. Kelabu
- boleh memberi laluan kepada warna lain untuk menonjol
- jangan gabungkan kelabu dengan warna yang terlalu terang
- lebih kepada futuristik
- sering digunakan sebagai warna latar belakang

-----------------------------------------

Catatan - Majalah Qaseh ini diterbitkan dua kali sebulan oleh Casa Hati Resources. Ia merupakan majalah 2 dalam 1, didatangkan bersama dengan Majalah Ratna. Saiz yang selesa untuk dipegang dan dibaca, berwarna-warni sepenuhnya dan dicetak atas glossy paper.

Site Meter