Wednesday, July 22, 2009

Sikap terpuji di dalam kapal terbang..

Tempat Duduk
------------
1. Jika anda duduk di tepi tingkap dan perlu bergerak ke tandas, anda PERLU berkata MAAFKAN SAYA kepada orang di sebelah anda, walaupun jika dia sedang tidur, anda PERLU minta dia bergerak sedikit agar anda boleh lalu dan jangan lupa MINTA MAAF kerana telah mengganggu tidurnya.

2. Pastikan anda tidak menguasai tempat letak tangan, ia hendaklah digunakan secara bergilir-gilir dengan orang di sebelah anda.

3. Tiada siapa suka bersentuhan dengan orang lain di dalam penerbangan, kecuali ianya pasangan anda sendiri. Anda perlu berada di dalam ruang peribadi anda. Kompakkan diri anda, pastikan lengan anda berada di dalam ruang anda dan lutut berada di hadapan anda.

4. Sekiranya ada anak kecil di belakang tempat duduk anda yang suka menendang-nendang kerusi, anda boleh minta ibu bapanya bertukar tempat duduk dengan kanak-kanak itu, dan jika ini tidak berhasil, mintalah bantuan pramugari untuk menanganinya.

5. Mencondongkan tempat duduk adalah hak anda, tetapi lihat-lihat dahulu dan tanya sama ada ianya okay atau tidak. Jika orang di belakang tempat duduk anda tinggi orangnya, atau ada anak kecil di ribaan, cuba kurangkan condongan atau jangan condongkan tempat duduk anda sebagai tanda bertimbang rasa.

6. Jika anda perlu mencondongkan juga tempat duduk anda, lakukannya perlahan-lahan agar orang di belakang berpeluang memberikan reaksi, juga untuk mengelakkan terhantuk kepalanya, mungkin dia sedang menunduk untuk mengambil barang.

7. Jika anda rasa seperti tidak mahu bercakap, dan tidak mahu kelihatan biadab, gunakan fon kepala, ia akan memberi gambaran anda tidak mahu bercakap.

Pergerakan
----------
1. Semasa berjalan di laluan antara tempat duduk, untuk mencari tempat duduk anda, pegang bag di hadapan anda dan ke bawah, agar tidak terlanggar lengan, bahu dan kepala para penumpang lain yang telah duduk.

2. Ketika anda bangun dari tempat duduk untuk keluar setelah kapal terbang mendarat, gunakan tempat letak tangan di sebelah anda untuk membantu anda bangun. Jangan pegang tempat duduk di hadapan anda, ia akan mengganggu penumpang tersebut. Ikut cara para pramugari mengimbangi diri mereka ketika berjalan di laluan antara tempat duduk, dengan memegang kompartmen bagasi di bahagian atas, bukan memegang tempat duduk penumpang.

3. Apabila kapal terbang mendarat, biarkan penumpang yang paling dekat dengan laluan keluar, keluar terlebih dahulu. Jangan merempuh. Ada sesetengah penumpang suka benar tergesa-gesa bangun dan berdiri di laluan sebaik-baik sahaja lampu memasang tali pinggang keselamatan dipadamkan. Hindarkan kelakuan sebegini.

--------------------------------------------------------

Amalkan sikap terpuji. Budi Bahasa Budaya Kita.

--------------------------------------------------------
Site Meter