Orang yang berkeyakinan mempunyai daya tarikan dan menawan. Mereka bersikap terbuka, sosial, lucu dan positif.
Petua untuk menjadi lebih berkeyakinan atau `berpura-pura` yakin :
- Fikirkan ciri-ciri baik anda dan tonjolkannya. Misalnya jika mata anda cantik, gunakan ia bila anda bercakap atau mengurat.
- Jangan fikirkan tentang ciri-ciri lemah anda, kemungkinan tiada siapa pun yang perasan.
- Memakai atau menggunakan sesuatu yang baru boleh membawa keajaiban kepada tahap keyakinan anda. Oleh itu, manjakan diri anda sebelum satu-satu temu janji penting, anda boleh beli pakaian baru atau tukar potongan rambut.
- Bukan apa yang anda ada itu penting, tetapi apa yang orang fikir anda ada. Contohnya, jika bibir anda kurang munggil, gunakan penggaris bibir untuk menyerlahkannya.
- Kekalkan sedikit misteri dalam diri anda. Fantasi selalunya lebih menarik daripada realiti.
- Jika tiba-tiba anda rasa tidak penting, bawa minda anda kembali kepada senarai pencapaian anda dan kelebihan-kelebihan anda. Ingat, orang yang berhadapan dengan anda itu mungkin tidak seyakin mana, dan sekadar berpura-pura yakin sahaja.
Tuliskan 5 perkara (tidak semestinya fizikal) yang paling menarik minat anda terhadap seseorang. Kemudian cari cara bagaimana anda dapat mengadaptasi agar ia bersesuaian dengan anda. Amalkan perkara-perkara kecil ini dan anda akan rasa lebih seksi dan berkeyakinan.
---------------------------------------------------------------------------------
Personality begins where comparison ends. - KARL LAGERFELD
---------------------------------------------------------------------------------
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)